Kerjaya Politik Yap Pian Hon

Sejak tahun 1995, Yap Pian Hon berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Serdang. Malah sebelum Yap Pian Hon memegang kerusi Parlimen Serdang beliau merupakan pemegang kerusi DUN selama tiga penggal sejak 1974. Yap merupakan bekas ahli DAP dan juga telah meninggalkan parti itu kerana beliau mendakwa Lim Kit Siang pengerusi parti DAP sebagai diktator. Beliau meninggalkan parti DAP dan seterusnya menyertai Parti MCA.[2]